AHLAN WASHLAN WA MARHABAN BIKUM

Assalamualaikum w.b.t
Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH kerana memberi ruang dan peluang untuk kita terus menyampaikan mesej dakwah Dengan terbinanya blog nie.. Objektif utamanya adalah boleh memasukkan segala aktiviti yang dilakukan oleh ahli-ahli asrama khairiah padang pak amat.. yang terakhirnya semoga mendapat sokongan dari pelbagai pihak..
Kami juga mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk mengisi tabung kebajikan bagi pelajar asrama... Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi pihak sekolah di talian 09-78555444.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Matlamat Asrama
  1. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa di samping kemudahan pembelajaran yang lebih baik.
  2. Melatih pelajar berdikari, membina keyakinan diri, boleh bergaul dan hidup bermasyarakat serta  melatih pelajar menyelami kehidupan yang lebih mencabar apa bila mereka menjejakkan kaki ke menara gading kelak.


Objektif Asrama.
  1. Melahirkan pelajar yang ceria, cergas, berdisiplin dan mencapai tahap cemerlang dalam bidang akedemik dan kokurikulum.
  2. Meningkatkan keprihatinan warga asrama terhadap tahap kebersihan sebagai budaya hidup.
  3. Mewujudkan asrama yang ceria dengan memupuk nilai murni dan mencintai alam sekitar di kalangan penghuninya.
  4. Meningkatkan tahap keselamatan di asrama dengan menitikberatkan persediaan dan perancangan awal.