AHLAN WASHLAN WA MARHABAN BIKUM

Assalamualaikum w.b.t
Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH kerana memberi ruang dan peluang untuk kita terus menyampaikan mesej dakwah Dengan terbinanya blog nie.. Objektif utamanya adalah boleh memasukkan segala aktiviti yang dilakukan oleh ahli-ahli asrama khairiah padang pak amat.. yang terakhirnya semoga mendapat sokongan dari pelbagai pihak..
Kami juga mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk mengisi tabung kebajikan bagi pelajar asrama... Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi pihak sekolah di talian 09-78555444.

PERATURAN ASRAMA

1.       Solat secara berjemaah setiap waktu dan berpakaian baju melayu atau jubah bagi pelajar lelaki.
2.       Menepati waktu prep dan dilarang berada di dalam dorm semasa waktu prep. Pintu dorm akan dikunci oleh ketua asrama lelaki/perempuan
3.       Dilarang keluar pada waktu malam.
4.       Dilarang memasuki dorm ketika waktu persekolahan.
5.       Dorm akan dikunci semasa sesi persekolahan oleh warden pada pukul 07.15 pagi.
6.       Dilarang berurusan dengan orang luar kecuali ibu bapa.
7.       Pelawat (ibu/bapa/saudara) tidak dibenarkan memasuki dorm dan kawasan asrama.
8.       PELAJAR BUKAN ASRAMA DILARANG MEMASUKI DORM DAN KAWASAN ASRAMA.
9.       Tidak dibenarkan bermasam muka atau bergaduh sesama penghuni asrama dan menggunakan kata-kata kesat, mencarut & mengumpat.
10.   Dilarang berpakaian menjolok mata.
11.   Wajib menjaga kebersihan dalam dorm dan kawasan sekitar asrama (selipar dan kasut disusun di tempat yang disediakan).
12.   Pastikan katil SENTIASA kemas setiap masa.
13.   Setiap dorm wajib mempunyai carta dan jadual tugas masing-masing. (jadual imam solat, jadual bertugas harian)
14.   Tidak dibenarkan membawa alat-alat komunikasi seperti radio, cakera padat, MP3, MP4, kamera & sebagainya.
15.   Tidak dibenarkan menyimpan sebarang majalah @ komik.
16.   Pelajar diminta menjaga peralatan seperti tilam, loker, harta benda sekolah dan lain-lain dengan baik. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan pelajar tersebut akan dikenakan denda @ bayaran.
17.   Penghuni asrama wajib berada di dalam dorm pada pukul 11.00 malam dan lampu akan ditutup.
18.   Waktu makan
-          Semua penghuni dikehendaki menepati waktu makan.
-          Tray/pinggan hendaklah disimpan di tempat yang disediakan.
-          Pinggan, mangkuk, gelas dan lain-lain barang dari kantin TIDAK DIBENARKAN dibawa keluar.
-          Makan di kantin sehingga selesai.
-          Dilarang makan di dalam dorm.
-          Bayaran tetap dikenakan walaupun pelajar tidak makan.
19.   Tidak dibenarkan bergayut di telefon awam.
20.   Penggunaan telefon bimbit TIDAK DIBENARKAN.
21.   Sebarang kecemasan yang berlaku hendaklah dilaporkan kepada ketua dorm dan ketua dorm hendaklah memberitahu warden dengan segera.
22.   Penghuni asrama hanya dibenarkan pulang ke rumah hanya 2 minggu sekali.
23.   Hendaklah berpakaian asrama / kemeja ketika berada di luar asrama. Tidak dibenarkan membawa atau memakai seluar pendek di asrama.
24.   Dibenarkan “outing” hanya pada hari SELASA atau SABTU dengan keizinan warden sahaja.
25.   Pelajar yang ingin pulang ke rumah pada waktu selain daripada minggu balik mestilah meminta keizinan daripada warden dengan sebab yang munasabah.
26.   Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
27.   Tidak dibenarkan pulang ke rumah sebelum pukul 2.00 petang.
28.   Tiket untuk pulang bagi pelajar luar Kelantan akan dibeli oleh Warden.
29.   Pelajar yang ingin pulang ke rumah hendaklah memberitahu Warden dengan segera supaya tiket dapat dibeli tanpa sebarang masalah.
30.   Waktu daftar masuk ialah pada hari Sabtu pada pukul 4.30 – 6.00 petang sahaja. pelajar yang lewat akan di denda.
31.   Semasa pendaftaran masuk serahkan kad balik kampung, handphone, duit saku @ barang-barang berharga untuk disimpan oleh warden.
32.   Pastikan yuran asrama dibayar setiap hujung bulan dan tepat pada masanya bagi mengelakkan hutang tertunggak.
33.   WAKTU RIADHAH IALAH PADA JAM 5.30 – 6.30 PETANG.


PERATURAN PREP
1.       PELAJAR BERKENAAN MESTI BERADA DI DALAM KELAS TEPAT JAM 9.00 MALAM HINGGA 10.30 MALAM.
2.       PELAJAR TIDAK DIBENARKAN KELUAR TANPA KEBENARAN WARDEN.
3.       PELAJAR TIDAK DIBENARKAN BERMAIN-MAIN, BERCAKAP KECUALI HAL-HAL PELAJARAN SAHAJA.
4.       JAGA KEBERSIHAN DI DALAM KELAS TERSEBUT.
5.       SEMASA AKTIVITI PREP BERJALAN KEHADIRAN AKAN DIAMBIL.
6.       PEMANTAUAN AKAN DILAKUKAN OLEH GURU-GURU BERKENAAN.
7.       TINDAKAN AKAN DIKENAKAN KEPADA MANA-MANA PELAJAR YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN.

Sekiranya Pelajar Melanggar Sebarang Peraturan Di Atas ..!
Barang-barang akan dirampas dan tidak akan dikembalikan.
Denda @ hukuman akan dikenakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan