AHLAN WASHLAN WA MARHABAN BIKUM

Assalamualaikum w.b.t
Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH kerana memberi ruang dan peluang untuk kita terus menyampaikan mesej dakwah Dengan terbinanya blog nie.. Objektif utamanya adalah boleh memasukkan segala aktiviti yang dilakukan oleh ahli-ahli asrama khairiah padang pak amat.. yang terakhirnya semoga mendapat sokongan dari pelbagai pihak..
Kami juga mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk mengisi tabung kebajikan bagi pelajar asrama... Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi pihak sekolah di talian 09-78555444.

MENGENAI ASRAMA


Assalamualaikum w.b.t

      Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, Asrama Khairiah berjaya mewujudkan blog ini buat tatapan semua. Terima kasih juga diucapkan kepada anda kerana sudi singgah blog ini. Semoga anda mendapat pengetahuan dan memberikan komen membina untuk mempertingkatkan kecekapan dan mutu blog ini.

Latar Belakang Asrama Khairiah

     Asrama Khairiah terletak di dalam kawasan sekolah. Asrama lelaki berada di blok D manakala asrama perempuan di tingkat satu blok A. Pada masa ini projek mengindahkan asrama terus dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keceriaan dan kebersihan akan tetap diutamakan. Pihak pengurusan sekolah dan asrama percaya, menjadikan asrama ceria adalah salah satu tugas yang murni kerana akan menanamkan rasa sayang pada asrama di kalangan pelajar.

Bilangan pelajar.

Sehingga kini ialah seramai  orang, iaitu seramai  orang pelajar lelaki dan  orang pelajar perempuan.

Prosedur  Pemilihan.
     
Jawatankuasa Pemilihan telah menetapkan bahawa pemohon harus mengisi borang permohonan, mempunyai rekod disiplin yang bersih serta lulus temuduga yang ditetapkan.

       Kriteria Pemilihan.
              1. Miskin, jauh dari sekolah.
              2. Bersih rekod disiplin.
              3. Cemerlang akedemik.

Semoga Asrama Khairiah terus maju. Kebajikan dan Kecemerlangan kami Utamakan.

Sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan